Tingkatkan dan Hormati Integriti Ilmu, Ilmuwan dan Keutuhan Institusi Ilmu
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN SAINS SOSIAL MALAYSIA (PSSM)
Tingkatkan dan Hormati Integriti Ilmu, Ilmuwan dan Keutuhan Institusi Ilmu
Sabtu 9 Mei 2026
- PSSM memandang serius trend academic bashing, iaitu trend membelasah ahli akademik dan institusinya yang muncul secara bertali arus dalam negara kita sejak beberapa tahun ini yang kesannya menjatuhkan maruah dan kredibilit ahli akademik dan institusi di mana mereka berada. Kemuncaknya akhir-akhir ini ialah kecaman secara langsung dan sangat keras oleh seorang tokoh politik bahawa para profesor dalam bidang Sejarah adalah “pengecut”, tidak mahu turun dari “menara gading”, membiarkan kekeliruan Sejarah berleluasa dalam masyarakat tanpa sanggahan, seolah-olah lupa bahawa mereka dibiayai gaji oleh rakyat. Sebagai sebuah persatuan kebangsaan dalam bidang sains sosial yang kebanyakan ahli-ahlinya terdiri daripada ahli-ahli akademik yang sedang dalam perkhidmatan, kami merasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan berhubung perkara ini.
- PSSM mengalu-alukan kritikan dan teguran daripada sesiapapun terhadap ahli akademik dan institusi ilmu, apalagi bila teguran itu membina dan saling menghormati yang bertujuan untuk membangun dan memantapkan budaya ilmu dan komitmen para sarjana dalam melaksanakan amanahnya kepada pelajar, rakyat dan negara. Kritikan dan teguran ibarat ubat yang walaupun pahit, ia membantu para ilmuwan membuat refleksi dan muhasabah diri agar mereka akan lebih gigih lagi dalam menjalankan tanggung jawab. Misi kami ialah membina sains sosial dan kesarjanaan yang mandiri, kritis dan menjunjung nilai budiman. Inilah tradisi dan legasi yang diwarisi daripada para perintis sains sosial Malaysia seperti Profesor Dr Syed Husin Ali, Profesor Dr Syed Hussein Alatas, Profesor Emeritus Dato Dr Abdul Rahman Embong, dan ramai lagi. Bahkan Almarhum Profesor Dr Syed Husin Ali yang memimpin PSSM selama satu dekad dari 1980-1990 telah “merakyatkan” ilmu dengan memecah tembok menara gading dan turun kepada masyarakat, sehingga beliau meringkuk di penjara selama enam tahun dari 1974 hingga 1980 kerana memperjuangkan dan mempraktikkan “ilmu untuk masyarakat”.
- Namun kritikan dan teguran tidak sama dengan perbuatan memperlekeh dan menghina para ilmuwan dengan gelaran “kangkung” yang sering dilemparkan sebelum ini serta tuduhan “pengecut”, di samping mengungkit “apa guna mereka makan gaji duit rakyat”, dan bermacam-macam lagi. Bayangkan kesan daripada academic bashing atau “membelasah ahli akademik” seperti ini kepada keyakinan ibu bapa terhadap guru-guru yang mendidik anak-anak mereka di universiti dan terhadap institusi di mana anak-anak mereka belajar. Mungkin mereka akan terfikir apa guna mereka bersusah payah menghantar anak-anak mereka ke universiti untuk dididik oleh si “pengecut” dan “kangkung” ini.
- Masalah pokok di sebalik lontaran seperti ini ialah sikap angkuh dan takbur, menganggap diri begitu hebat, pandangan yang berat sebelah, serta main pukul borong apabila melihat pihak lain yang tidak menuruti kehendaknya. Sikap seperti ini langsung tidak mencerminkan nilai-nilai dan budi pekerti yang luhur dan berhemah yang menjadi prinsip kelima dalam Rukun Negara. Untuk Malaysia maju ke hadapan, budaya seperti ini perlu dikikis. Kita berharap tidak akan muncul dalam masyarakat dan negara kita satu fenomena yang diistilahkan oleh Almarhum Profesor Dr Syed Hussein Alatas sebagai “jadong” – “jahat, bodoh dan sombong” dalam syarahan umumnya di UKM pada tahun 2000.
- Kepada rakan-rakan kami dalam komuniti akademik termasuk ahli Sejarah: Bidang Sejarah adalah satu satu bidang berat dan amat penting. Ilmu Sejarah ada pelbagai perspektif dan kepelbagaian ini harus dihormati. Sejarah pula tidak boleh menjadi alat politik dan diperkudakan untuk memenangi atau mengagungkan naratif keagungan golongan tertentu tanpa bukti saintifik, apalagi menyebarkan mitos sebagai Sejarah kerana mahu membina naratif tertentu. Kalau berlaku demikian, ini hanya mengelirukan masyarakat dan para pelajar. Kami amat bersetuju dengan pendirian rakan kami, Almarhum Profesor Emeritus Dr Ahmat Adam yang menegaskan Sejarah harus berdasarkan fakta, pandangan yang objektif dan menegakkan kebenaran serta membezakan mitos daripada Sejarah. Pendirian ini telah kami nyatakan dalam tribute kepada beliau dalam Majlis Memperingati Allahyarham Profesor Dr Ahmat Adam di Universiti Malaya pada 25 April yang lalu. Kami juga menghargai usaha rakan-rakan kami yang melakukan ekskavasi arkeologi dan menggunakan kaedah saintifik terkini menggali artifak-artifak Sejarah tamadun purba yang mungkin akan memberi tafsiran baharu dan berbeza dengan tafsiran yang sudah dianggap sebagai piawai dan “muktamad”.
- PSSM sudah lama mempertahankan budaya bercakap benar kepada masyarakat dan kepada yang berkuasa walaupun pahit. Kami juga tidak bersedia membiarkan institusi masing-masing ditawan oleh kepentingan politik individu atau mana-mana parti kerana ini akan menimbulkan keresahan dan perpecahan serta merugikan kepentingan ilmu, universiti dan negara. Kami menganjurkan wacana akademik yang menyampaikan fakta yang tepat dan perbahasan yang telus dan seimbang tanpa dipengaruhi oleh agenda setting. Kami berharap sikap dan nilai saling menghormati antara satu sama lain, sikap merendah hati dan budiman ini kekal subur sebagai panduan dalam interaksi dan komunikasi semasa kita.
- Akhir kata, ilmu bukan untuk dijual beli tetapi akan kekal sebagai warisan bangsa. Justeru penyampaiannya perlu beradab, tertib dan dibalut dengan fakta yang tepat. Dalam dunia akademik, tiada timbul soal berebut pentas sebab kepakaran dan pengalaman pendidikan masing-masing tidak sama. Apa yang sama adalah perjuangan memartabatkan ilmu baik sains sosial mahupun sains untuk disampaikan kepada mahasiswa, serta mengangkat hasil kajian dan seterusnya memberi impak kepada masyarakat dan dasar negara.
Pelihara dan hormatilah integriti ilmu, para ilmuwan dan keutuhan institusi ilmu demi membina tamadun!
Profesor Dr. Sity Daud
Presiden PSSM
PRESS RELEASE BY MALAYSIAN SOCIAL SCIENCE ASSOCIATION (PSSM)
Enhance and Respect the Integrity of Knowledge, Scientists and the Integrity of Knowledge Institutions
Saturday 9 May 2026
- PSSM takes seriously the trend of academic bashing, which is the trend of beating up academics and their institutions that has emerged in our country in recent years, which has the effect of undermining the dignity and credibility of academics and the institutions where they serve. The recent culmination is the direct and very harsh criticism by a political figure that professors in the field of History are “cowards”, do not want to come down from the “ivory tower”, allow the confusion of History to spread in society without refutation, as if forgetting that their salaries are financed by tax payers. As a national association in the field of social sciences whose members are mostly academics who are currently in service, we are obliged to comment on this matter.
- PSSM welcomes criticisms from anyone against academics and knowledge institutions, especially when the criticism is constructive and shows mutual respect that aims to develop and strengthen the culture of knowledge and the commitment of scholars in carrying out their trust in students, the people and the country. Criticisms and reprimand are like medicine that, although bitter, help scientists reflect and self-reflect so that they will be more persistent in carrying out their responsibilities. Our mission is to build social sciences and scholarship that are independent, critical and uphold the values of civility. This is the tradition and legacy inherited from the pioneers of Malaysian social sciences such as Professor Dr Syed Husin Ali, Professor Dr Syed Hussein Alatas, Emeritus Professor Dato Dr Abdul Rahman Embong, and many more. Even the late Professor Dr Syed Husin Ali who led PSSM for a decade from 1980-1990 has “democratized” knowledge by breaking down the walls of the ivory tower and coming down to the community, to the point that he was imprisoned for six years from 1974 to 1980 for fighting for and practicing “knowledge for the community”.
- However, criticisms and reprimand are not the same as belittling and insulting academics with the title “kangkung” which has often been thrown before and accusing them of “cowards”, in addition to raising “what is the point of them eating public money”, and many other things. Imagine the impact of academic bashing or “beating up academics” like this on parents’ confidence in the teachers who educate their children at universities and in the institutions where their children study. Maybe they will think about the hassle to send their children to universities to be educated by these “cowards” and “kangkung”.
- The main problem behind such throwing is an arrogant and conceited attitude, thinking oneself to be so great, a biased view, and playing wholesale punching when seeing others who do not comply with one’s wishes. This kind of attitude does not at all reflect the noble and prudent values and character that is the fifth principle in the Rukun Negara. For Malaysia to move forward, this kind of culture needs to be eroded. We hope that there will not appear in our society and country a phenomenon that the late Professor Dr Syed Hussein Alatas termed as “jadong” or the “evil, stupid and arrogant” in his general lecture at UKM in 2000.
- To our friends in the academic community including historians: The field of History is a difficult and very important field. Historical knowledge has various perspectives and this diversity must be respected. History cannot be a political tool and be used to win or glorify the narrative of the greatness of certain groups without scientific evidence, let alone spreading myths as history because they want to build a certain narrative. If that happens, this will only confuse the community and students. We strongly agree with the stance of our friend, the late Professor Emeritus Dr Ahmat Adam, who stressed that history should be based on facts, objective views and uphold the truth, as well as distinguishing myths from history. We expressed this stance in our tribute to him at the Commemoration Ceremony for the Late Professor Dr Ahmat Adam at the University of Malaya recently on April 25. We also appreciate the efforts of our friends who conduct archaeological excavations and use the latest scientific methods to unearth artifacts from the history of ancient civilizations that may provide new interpretations and differ from the interpretations that are considered standard and “established”.
- PSSM has long defended the culture of speaking the truth to the community and to those in power even when it is bitter. We are also not willing to let our respective institutions be captured by the political interests of individuals or any party because this will cause unrest and division and harm the interests of knowledge, universities and the country. We advocate academic discourse that presents accurate facts and transparent and balanced debates without being influenced by agenda setting. We hope that this attitude and value of mutual respect for each other, humility and courtesy will remain fertile as a guide in our current interactions and communication.
- Finally, knowledge is not for sale but will remain as the heritage of the nation. Therefore, its delivery must be civilized, orderly and wrapped in accurate facts. In academia, there is no issue of competing for the stage because each person’s expertise and educational experience are not the same. What is common to all is the struggle to uphold knowledge, both in social sciences and science, to be conveyed to students, as well as to elevate research findings and subsequently have an impact on society and national policies.
Preserve and respect the integrity of knowledge, scholars and the integrity of knowledge institutions in order to build civilization!
Professor Dr. Sity Daud
President of PSSM
